Sunday, October 21, 2018

BBM 3410/18 Jenis Kritikan

Assalamualaikum....

Aku nak cerita ada ke minor aku kena ambil kritikan dalam kesusteraan...

Jenuhlah aku belajar...

Tapi bolehlah aku belajar...

Aku bagi contoh jenis-jenis kritikan yang ada...

Ini semua dari tugasan yang aku buat dulu....


Nyatakan jenis kritikan dalam Kesusasteraan Melayu.

     Kritikan kesusasteraan bermakna suatu usaha untuk menilai hasil karya seseorang sasterawan dengan alasan yang kukuh dan bersistematik dalam memperkembangkan sesuatu yang baik. Terdapat beberapa jenis kritikan dalam kesusasteraan Melayu iaitu kritikan sanjungan, kritikan teguran, kritikan penganalisisan, kritikan penilaian, kritikan saranan dan kritikan pendekatan.

   Kritikan sanjungan adalah perbuatan memuji seseorang pengarang dan karyanya yang menampilkan pemikirannya yang bernas. Sanjungan juga bermaksud menghargai, meletakkan sesuatu pada tempatnya yang mulia. Dalam kritikan sanjungan, pengkritik melihat pengarang mempunyai keupayaan dalam menampilkan elemen dalaman karya yang baik dan menarik. Elemen dalaman karya yang baik membolehkan pengkritik melakukan kritikan dan memuji pengarang berdasarkan karya yang telah dihasilkan. Pengkritik secara umumnya melihat perkara yang baik yang ditonjolkan oleh pengarang. Antara pengkritik yang menggunakan kritikan jenis ini adalah Muhammad Yassin Maamor (Keris Melayu) dan Mohd Yusof Ahmad (Anak Negeri). Namun begitu, kritikan sanjungan ini dapat dilihat dalam esei Othman Puteh iaitu “Pemikiran Dalam Novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman” yang memperlihatkan beliau memuji hasil karya Anwar Ridhwan dengan jelas mengandungi pemikiran yang bernas. Jelaslah, kritikan sanjungan adalah tindakan memuji pengarang dan hasil karyanya yang memaparkan pemikiran yang baik dan bernas.

           Selain itu, kritikan teguran memperlihatkan kekuatan dan kekurangan sesebuah karya sastera oleh pengkritik. Pengkritik akan melihat kepada keseluruhan karya dan membuat kritikan melalui kekuatan dan kekurangan karya tersebut. Kritikan teguran membolehkan pengarang mengambil tindakan dalam menghasilkan karya yang lebih baik pada masa hadapan. Tokoh terawal yang penting dalam kritikan teguran adalah Aminuddin Baki yang memperlihatkan perkembangan kritikan kesusasteraan Melayu. Beliau telah melakukan kritikan terhadap novel Korban Kesucian karya Keris Mas. Dalam kritikannya, beiau telah menyatakan tentang plot cerita bergerak seperti aliran sungai hingga tidak dapat ditentukan pendirian watak-watak dalam novel tersebut. Malah, beliau juga mengkritik penggunaan gaya bahasa iaitu bahasa Inggeris dan menyarankan beberapa cadangan untuk memperbaiki karya tersebut. Jadi, kritikan teguran adalah mengkritik karya dari aspek kekuatan dan kelemahan.

             Seterusnya, kritikan penganalisisan tergolong dalam jenis kritikan. Dalam hal ini, kritikan penganalisisan mempunyai maksud pengkritik meneliti secara mendalam sesebuah karya sastera untuk memperoleh maklumat. Antara maklumat itu adalah pemikiran, teknik penceritaan, tema, persoalan bagi meneliti mutu karya sastera yang dihasilkan. Oleh itu, pengkritik seharusnya menguasai bidang dan teori yang hendak diaplikasikan dalam membuat kritikan. Pengkritik perlu benar-benar memahami perkara yang hendak disampaikan dan keadaan itu membolehkan pengkritik menghasilkan kritikan dengan baik. Hal ini kerana kritikan ini memerlukan penguasaan yang mendalam terhadap karya yang dihasilkan oleh pengarang. Ketika menganalisis, pengkritik akan melihat sesuatu aspek secara rinci tentang bahasa figuratif, permulaan dan pengakhiran sesebuah cereka, motif, citra, watak, pemikiran, perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah dalam karya sastera. Sebagai contoh, Ungku Maimunah Tahir telah mengkritik novel “Tivi” karya Shahnon Ahmad dan menganalisis menggunakan gagasan Persuratan Baru. Dengan itu, kritikan penganalisisan menuntut pengkritik untuk melakukan usaha dengan mendalami teori yang akan digunakan,

                Di samping itu, jenis kritikan kesusasteraan adalah kritikan penilaian. Pengkritik akan menilai sesebuah karya sastera iaitu melihat dari isi atau mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang. Keadaan ini memerlukan pengkritik melihat keistimewaan dan kekurangan karya tersebut. Pengkritik harus adil dan saksama serta mengemukakan hujah yang relevan dan konkrit sebelum memberikan justifikasinya. Pengkritik memberikan hujah supaya keadilan dapat diperlihatkan dan untuk mengelakkan pengkritik berat sebelah dalam melakukan penilaian. Misalnya, novel Salina hasil karya A. Samad Said merupakan sebuah novel yang istimewa tetapi tidak cukup menawan dan keseluruhannya novel ini tidak mencapai mutu sastera yang agung. Oleh itu, kritikan penilaian memaparkan pengkritik menilai karya dari segi isi atau mesej yang hendak diutarakan.

                Kritikan saranan juga adalah sebahagian daripada kritikan kesusasteraan. Kritikan saranan bermaksud cadangan sesuatu perkara dalam sesebuah karya sastera untuk dimantapkan. Pengkritik mencadangkan kepada pengarang dalam melakukan penambahbaikan terhadap karya yang dihasilkan. Misalnya, pengkritik akan memberikan cadangan terhadap usaha memantapkan pemikiran, persoalan, tema, teknik penceritaan dan watak perwatakan dalam sesebuah karya sastera. Menurut Othman Puteh, kritikan Aminuddin Baki terhadap novel Korban Kesucian karya Keris Mas menepati kehendak kritikan saranan. Malah, memberi teguran dan saranan positif tentang unsur kreatif seperti gaya bahasa, plot, teknik, watak dan perwatakan. Kritikan saranan dilakukan untuk memperbaiki karya agar lebih berjaya. Dengan itu, kritikan saranan adalah pengkritik memberikan cadangan untuk pengarang memantapkan karyanya.

                Akhir sekali, kritikan pendekatan terbahagi kepada dua iaitu pendekatan intrinsik dan pendekatan ekstrinsik. Pendekatan intrinsik merupakan pendekatan terhadap karya sastera dengan menerapkan teori dan kaedah sastera berpandukan kepada karya sastera. Unsur-unsur dalaman yang akan dikritik adalah plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa. Manakala pendekatan ekstrinsik pula adalah pendekatan karya sastera dengan memanfaatkan ilmu bantu bukan sastera seperti sejarah, agama, psikologi, politik, dan sosiologi. Antara pendekatan yang digunakan dalam kritikan ini adalah pendekatan moral, pendekatan psikologi, pendekatan sosiologi dan lain-lain. Sebagai contoh, pendekatan sosiologi digunakan oleh pengkritik dalam sesebuah karya untuk melihat kepada masyarakat iaitu dengan tiga prinsip utama; karya sebagai cerminan masyarakat, karya sebagai dokumentasi sosial dan protes sosial. Maka, jelaslah kritikan pendekatan melihat kepada aspek dalaman dan aspek luaran karya sastera.

                Kesimpulannya, bidang kritikan kesusasteraan sangat penting terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu tanah air. Jenis kritikan kesusasteraan terdiri daripada kritikan sanjungan, kritikan teguran, kritikan penganalisisan, kritikan penilaian, kritikan saranan dan kritikan pendekatan. 





BBM 3410/18 Simpulan Bahasa

Hai bertemu kembali....

Pada minggu ini prof aku suruh buat simpulan bahasa dengan menggunakan gambar...

Ingat senang ke nak buat simpulan bahasa guna gambar....

Bunyi macam mudah....

Belum buat belum tahu....

Cari simpulan bahasa senang... Nak tangkap gambar itu yang payah untuk melakonkan cara simpulan bahasa dengan menggunakan gambar... Jenuhlah kami berpozing maut sebab nak nampak macam simpulan bahasa yang cuba digambarkan dan bila orang tengok dia akan faham tentang gambar simpulan bahasa yang cuba dilakonkan itu...

Inilah antara simpulan bahasa yang kumpulan aku buat



Madu Tiga


Cari Jalan


Tidur Ayam


Beradu Buku


Makan Angin

Monday, October 15, 2018

BBM3410/ 18 : Kehidupan Kampus

Haiiiii............

Hidup kat kampus ni tak de la seronok sangat.....

Sebab banyak perkara yang kita tak boleh buat seperti yang kita harapkan.....

Entahlah.....

Bagi aku memang serabut......

Sebab itu aku hujung minggu kalau tiada kuliah aku suka balik kampung sebab aku rasa lebih tenang....

Bila balik kampung aku rasa tenang dengan suasana rumah dan kampung yang aku duduk.....

Bila balik kampung aku boleh masak macam-macam apa yang aku suka makan....

Tapi bila dekat U kena beli.... sudahlah kena beli selepas itu tak kena pulak dengan citarasa aku.... hurmmmmm.......... sedih weiiiii.......

Jenis aku biar perut aku sedap makan jangan sedap belajar sangat.... pelikkan.... apa nak jadi dengan aku pon aku tak tahu......

Tapi kehidupan di U mesti diteruskan kerana kita datang dengan impian kita pulang dengan kejayaan......

Tapi nak bagi sikit tips ragam duduk U....

Berkonukasi
- masuk universiti pastinya akan berjumpa dengan rakan-rakan baharu. Loghat negeri yang berbeza tentunya suatu perkara teruja bagi pelajar kerana dapat merasai pengalaman komukasi dengan rakan baru dari lain negeri.

Beli Buku Second Hand
-buku yang jual kat universiti mahal. Paling mudah nak dapat buku harga murah beli pada senior. Itu pun kalau mereka nak juallah. Kalau tak nak kena beli jugalah yang mahal itu. Tidak pun beli buku fotostat. Ini pun murah sikit dan menjimatkan kos.

Buat Kerja Nak Tamat Masa
-buat kertas kerja masa nak hantar esok malam ini baru buat. Baru orang kata kehidupan di universiti. Tapi jangan buat selalu sebab bahaya. Kalau sempat siap nasib baik, kalau tak siap habislah engkau.

Kelas Batal
- kelas batal merupakan benda yang paling seronok buat pelajar. Tapi kalau kelas itu kena ganti semua boleh jadi lesu dan semua ada hal yang penting.





Maaflah bagi sikit tips masuk U...........
Nak lebih lanjut masuklah U......
Bolehlah rasa.....
Hahahaha

Wednesday, October 10, 2018

BBM 3410/ 18 Tidak Memberi Mudarat

Assalamualaikum......


Apa Khabar semua...........

Semoga baik-baik saja.....



Moral merupakan pengetahuan yang melibatkan budi pekerti manusia yang mempunyai adab. Moral ini juga bermaksud sesuatu perkara yang baik atau buruk melalui perbuatan dan kelakuan iaitu akhlak. Perkataan moral juga merujuk kepada pengajaran. Perkataan moral ini juga berasal daripada perkataan Latin. Dengan adanya etika dan moral, semua generasi yang berbilang kaum ini semestinya akan menikmati kehidipan yang harmoni dengan aman dan damai. Namun, konsep etika pula perlu difahami dengan jelas oleh seseorang itu agar sentiasa berda dalam keadaan benar walaupun apa jua situasi mahupun keadaan. Satu konsep yang penting dalam etika di mana telah mendefinisikan dengan “tidak memberi mudarat”. Jelaslah perkataan itu telah membawa makna yang pelbagai untuk difahami dan bergantung kepada individu itu sendiri yang cuba untuk memahami konsep tersebut. Oleh itu, kemudaratan ini telah membawa maksud yang pelbagai untuk seseorang itu memahaminya. Konsep etika adalah sangat meluas untuk difahami oleh semua golongan masyarakat untuk mendapatkan kehidupan yang harmoni.



Konsep yang pertama adalah yang paling mulia melalui renungan atau refleksi. Melalui renungan kita boleh menilai sesuatu itu baik atau tidak dalam sesuatu pekerjaan. Dalam pekerjaan, sesorang itu boleh belajar melalui renungan. Oleh itu, renungan atau reflek mampu membuat seseorang itu beretika kerana mereka selalu berhati-hati untuk membuat sesuatu keputusan. Keputusan melalui renungan ini amat bagus kerana mereka sering mengambil ikhtibar dalam melakukan sesuatu kerja untuk menjadi yang lebih baik. Justeru, ia tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang dicipta dengan pemikiran, kehendak, keinginan atau dengan kata lain, semua orang dicipta secara unik. Kehidupan setiap orang tidak dapat diketahui oleh orang lain atau dengan baik apa yang dikatakan dengan bijak bahawa kehidupan penuh misteri. Misteri bermaksud sesuatu yang tidak jelas, masih menjadi tanda tanya, belum lagi rahsia. Oleh itu, renungan atau refleksi mampu bagi seseorang itu membuat keputusan dengan bijak.

BBM 3410/18 Pengalam Menyertai SOAP 1

pada semester keempat aku telah diberi peluang untuk menyertai satu program di bawah kolej 16. Program itu diberi nama Society Awareness Program 1. Program ini dijalankan di Bukit Manchung, Batang Berjuntai, Selangor. Program itu berlangsung selama dua hari satu malam. sepanjang program itu berlangsung, aku telah diberi dengan pelbagai perkara baru. dalam program itu aku belajar cara-cara untuk berkawan dengan kaum orang asli di sana. kehidupan mereka disana sungguh sederhana. mereka ini mendiami kawasan yang agak berbukit.pekerjaan utama mereka adalah bertani, bekerja kilang dan sebagainya. sepanjang program itu berlangsung, kami dlayang dengan begitu baik dan mengikut adat mereka. mereka juga terdiri daripada pelbagai latar belakang agama yang mereka anuti. antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu berlangsung adalah memasak juadah makanan bersama-sama dengan masyarakat orang asli.



 Masakan hari pertama semasa kami sampai itu ialah bbq dan burger yang diminta oleh penduduk kampung itu. Dalam program ini memerlukan kerjasama dalam kumpulan bagi membentuk kerja yang mudah dan dapat diselesaikan dengan baik.

Program tersebut berlangsung dengan jayanya serta memberikan pengalaman baru kepada aku untuk bercampur dengan pelbagai masyarakat.

BBM3410/ 18 Pembelajaran Flatlay

Assalamualaikum.....

Bertemu kita kembali.....

Apa khabar semua....

Pada 8 Oktober 2018 saya telah mempelajari satu perkara baru dalam multimedia. Perkara baru yang aku telah belajar pada hari tersebut ialah cara mengambil gambar flatlay, half flatlay, quarter flatlay, dan zero flatlay. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan seramai 10 orang rakan yang lain. Ahli kumpulanku lantas bangun bagi menyegerakan tugasan yang diminta. Kesemua gambar perlulah diambil sebanyak 20 keping. Aku lantas membuat kerja menangkap gambar yang diminta itu. Aku mula mencari barang-barang yang cantik untuk menangkap gambar tersebut bersama-sama dengan rakan di dalam kumpulan. Kami diberi masa sehingga jam 12.30 tengah hari bagi menyiapkan tugasan tersebut.

Langkah-langkah bagi menyempurnakan tugasan flatlay

Flatlay - 90 darjah


Half Flatlay - 45 darjah

Quarter Flatlay - 22.5 darjah

Zero Flatlay - 0 darjah


Kami memastikan tuigasan yang diberi akan siap pada waktu yang telah ditetapkan. Kesemua gambar tersebut berjaya kami hasilkan dan di muat naik ke akaun instagram masing-masing. Setiap ahli kumpulan perlu memuat naik tugasan tersebut walupun ia tugasan berkumpulan. Kami berasa lega apabila berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya. Setelah selesai aku pun pulang ke kolej setelah letih menyiapkan tugasan tersebut.


Gambar semasa proses menyiapkan tugasan


Tuesday, October 2, 2018

BBM 3410/18: Kehidupan Seorang Pelajar Tahun Akhir

Assalamualaikum ......


Apa khabar semua......



sekarang saya berada di tahun akhir semester terakhir juga. kehidupan pelajar tahun akhir ini lebih mencabar kerana banyak perkara perlu disiapkan dengan segera. Alhamdulillah kehidupan sebagai seorang pelajar Degree ni semuanye okay. Walaupun saya tahu kehidupan sebagai seorang pelajar degree ni bukan mudah yang dijangka tapi syukur dengan semangat, doa dan usaha saya serta kedua ibu bapa saya telah memudahkan segala urusan saya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang akan memegang segulung ijazah .
Tetapi dalam rasa seronok tu ada jugak rasa binbang dalam diri ini. Sekarang ni saya berapa dipertengahan sem akhir dan tinggal beberapa minggu saja lagipeperiksaan pertengahan akan berlangsung. selain itu saya juga sedang menyiapkan projek tahun akhir. saya memerlukan banyak masa untuk menyiapkan tugasan tersebut di samping dibebani oleh tugasan yang lain. Aku perlu juga untuk meyiapkan segala tugasan walaupun dihambat waktu...




Related image











BBM 3410/18: Pesta Makanan

Pada selasa 25 September 2018 telah berlangsung satu program yang agak besar iaitu Pesta Makanan Tradisional Melayu. Pada hari tersebut banyak pengunjung yang hadir bagi memeriahkan program tersebut. Program tersebut telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM iaitu Datin Paduka Aini Ideris di Dewan bangunan CALC. terdapat banyak gerai yang menjual makanan tradisional pada program tersebut. antara masakan tradisional yang dijual sepanjang priogram tersebut ialah laksa penang, laksa serawak, masakan kampung, dan sebagainya. Pesta makanan itu turut mendapat liputan daripad media prima semasa berlangsungnya program tersebut.Program itu berlangsung dengan jaya dengan meriah.




                                              Bergambar dengan Prof  Dr. Normaliza.....




                                           Bersama dengan Prof. Madya Dr Shahrim.....



                                          Bersama peniaga Pesta Makanan Dr. Rohaidah @ Sensei 2018......



                                          Bersama kanak-kanak tabika UPM yang memriahkan majlis Pesta                                                          Makanan UPM....

BBM 3410 /18: Persepsi Terhadap Media Sosial

Assalamualaikum semua........


Apa khabar semua.....



Semoga sihat selalu.............




Pada minggu ke 4 pelajar diminta untuk memberikan persepsi terhadap media sosial. Pelajar diminta untuk memjawab dua soalan yang diberikan .Setiap masyarakat zaman sekarang olah-olah wajib mempunyai akuan media sosial masing-masing. Media sosial ini amat bagus jikan digunakan dengan cara yang baik. Peranan media sosial ini adalah untuk memberikan pendapatkan masing-masing serta bertukar pandangan antara satu sama lain di dalam media sosial. seseorang itu boleh memberikan sesuatu gambaran untuk mendapatkan komen-komen yang berguna untuk membuat sesuatu perkara. Manakala, soalan kedua pula diminta untuk memilih salah satu media sosial yang ada. pelajar telah memilih blogging kerana blongging merupakan medium yang paling baik untuk memberi pendapat dan saling betukar antara pelajar yang lain. Blogging ini merupakan medium yang lebih santai untuk pelajar belajar di dalamnya. Selain itu, blogging juga boleh belajar dengan dengan pelajar dari negara lain seterusnya dapat berkenalan  rakan baru di dalam blogging.



Image result for persepsi media sosial kartun