Monday, December 10, 2018

BBM 3410/18 UPDATE FACEBOOK

Post Facebook pula.....

Alahaiiii Prof Reda !!!





BBM3410/18 KALENDAR


Kalender yang telah siap!!!















Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 VIDEO TANPA WAJAH


Video Tanpa Wajah

Pemilihan lagu        
-pemilihan lagu ini perlu bagi menghasilkan video tanpa wajah yang berkesan untuk orang memahami jalan cerita berdasarkan lagu tersebut.
-lagu yang dipilih ialah lagu Sudirman- Tanggal 31

Jalan cerita
-jalan cerita perlu dilakukan bagi menggambarkan watak di dalam cerita tersebut.
-perlunya ada lakonan apa yang perlu difokuskan kerana video ini tidak mempunyai wajah.
-cerita yang dilakonkan berkisar dengan semangat kemerdekaan.
-lakonan video hitam putih yang menggambarkan kehidupan masa lalu.
-pemilihan pelakon utama dan pelakon sampingan

Pemilihan tempat lakonan
-pemilihan tempat lakonan di Padang Kawat, UPM.
-Sanggar 12, Kolej 12, UPM.

Proses mengedit video
-merangkumkan video-video yang telah dilakonkan untuk menjadi satu video yang menarik dan jalan cerita yang difahami.

BBM3410/18 VIDEO ONE SHOT


Video One Shot 

Pemilihan lagu
-pemilihan lagu ini perlu bagi menghasilkan video one shot yang menarik.
-lagu yang dipilih ialah Lemak Manis-Roslan Madun.

Jalan cerita
-jalan cerita yang dilakonkan untuk one layer ialah tentang kesopanan adat melayu.
-tatacara orang melayu terdahulu yang amat menjaga tataterbit dalam menghormati orang-orang yang lebih tua.
-pakaian yang dilakonkan semasa melakonkan video ini ialah dengan pakaian tradisional seperti kain bati dan kain pelikat.

Tempat Lakonan
-tempat lakonan yang dijalankan di Dewan Putra 2.
-temapt ini amat sesuai dilakonkan kerana memerlukan satu layer sahaja untuk dilakonkan.
-jika buat di tempat terbuka, video ini akan menjadi banyak layer dan salah.

One Shot One Layer
-lakonan berlatar belakang kosong.

One Shot Two Layer
-lakonan dan nyanyian.
-one shot two layer ini perlu ada lakonan dalam menyanyikan lagu tersebut tanpa sengaja.
-hanya memerlukan satu shot sahaja.

One Shot Three Layer
-lakonan, nyanyian dan pergerakan tanpa dirancang seperti angin, pokok bergoyang.
-one shot three layer ini memerlukan lakonan menyanyi dan pergerakan yang tanpa dirancang yang membuatkan ia nampak tiga pergerakan dalam satu shot video tersebut

BBM 3410/18 PAPAN CERITA

PAPAN CERITA

Papan cerita ini dilakukan semasa proses membuat e-majalah. Kumpulan Nafi Studio telah berbincang seterusnya memilih penghasilan kerusi.

Jenis-jenis kerusi yang dihasilkan.
-kerusi juling
-kerusi gebulu
-kerusi IQ bercabang
-kerusi goyang
-kerusi arikatun
-kerusi melayang

Sebab Memilih Kerusi
-sebab kumpulan kami menghasilkan kerusi kerana kami ingin menghasilkan kerusi yang lain daripada yang lain. Kerusi yang dihasilkan amatlah unik kerana kerusi itu direka khas oleh kumpulankami sahaja.

Pembahagian Tugas
-kumpulan kami memberikan tugas sama rata kepada ahli kumpulan ada yang ditugaskan untuk melukis, ada yang menulis, ada yang membuat kulit belakang majalah dan kulit depan e-majalah

BBM 3410/18 ASAS GRAFIK


Asas Grafik

Majalah
-pemilihan majalah perlu bagi proses menghasilkan asas grafik.
-majalah lama dikumpulkan oleh ahli kumpulan bagi menghasilkan asas grafik.

Prinsip Asas Grafik
-mudah
-kesimbangan
-kesusaian
-warna
-teks

Peralatan
-peralatan seperti gam, gunting, riben, mounting board merupakan alatan yang amat penting bagi menghasilkan asas grafik.

Tampal
-kerja-kerja menampal keratan gambar yang telah digunting ke atas mounting board.
-terdapat 5 keping mounting board yang perlu ditampal bagi tujuan asas grafik.

Friday, November 16, 2018

BBM 3410/18 Twitter

Hai macam biasalah Prof aku... Kalau Prof tak bagi kerja macam peliklah pulakkan.... Jadinya kami setiap minggu kena update satu pot dekat Twitter.

Kalau kami cakap dekat Prof kami banyak kerja... Prof pun akan cakap macam ini... "Aku bukan tak nak percaya yang korang banyak kerja..... Tapi memang aku tak percaya pun".....

Kalau anda lah dengar ayat macam itu.... Tak sakit jiwa ke.... Alahai Prof... Walaupun macam itu Prof... Tapi aku rasa Prof ini ada lawaknya bila Prof berkata-kata... Bunyi macam tegas dan mencemaskan tapi ada lawaknya... Tapi ini mungkin ini firasat aku sahaja.

Jadinya kami update lah Twitter setiap minggu....










Thursday, November 15, 2018

BBM 3410/18 One Shot 2 Layer

Biasalah kelas Prof hari Isnin.....

Kali ini kami kena buat video one shot 2 layer pula... Masa buat video one shot video hari itu dah lah salah.. Prof suruh kami buat semula.... Hurmmm tak pasal-pasal kena buat balik video itu... Sedihkan....

Kali ini kami kena buat video one shot 2 layer pula.... Macam mana nak buat 2 layer pula.... Prof pon bagilah satu contoh yang buat video 2 layer... Tapi prof dah kata yang saya tunjuk ini bukanlah yang terbaik tapi bolehlah sebagai pedoman .....

Kami pun mulalah berbincang untuk membuat video one shot 2 layer.... Kami mula membincangkan tema lagu untuk menjayakan video one shot 2 layer. Tajuk lagu untuk one shot 2 layer ialah Cuba Teka- Tasha Manshahar. Tempat lakonan di bukit ekspo UPM.







Wednesday, November 14, 2018

BBM 3410/18 Proses Buat Photoshop

Hari ini tiada kelas amali...

Tapi macam biasalah, prof aku kalau tak abgi kerja itu jadi macam peliklah kan...

 Jadi hari ini prof aku suruh buat video proses untuk membuat kalender.

Jadinya terpaksalah aku record cara untuk menyiapkan kalender dengan menggunakan adobe photoshop....



 185998 Mohammad Nizam  (Kalender Meja)

BBM 3410/18 Kalender Meja

Kelas multimedia aku kena belajar buat kalender....

Jenuh aku fikir macam manalah nak buat kalender itu.... Aku ini pun bukannya tahu nak buat kalender itu tambah-tambah lagi nak guna adobe photoshop.... Aku juga bukan orang yang berseni nak bagi cantik dan menarik....

Masa mula nak buat kalender laptop aku jadi berkelip-kelip disebabkan photoshop itu lah... Jenuhlah dia dah berkelip-kelip. Dah berkelip-kelip macam itu jadinya terpaksa lah buang photoshop. Aku ingatkan photoshop aku je jadi kat laptop aku... Rupanya jadi juga dekat kawan-kawan aku yang lain.
Pasang semula yang baru bolehlah aku guna semula photoshop itu....

Ini sebahagian kalender yang aku buat....



BBM 3410/18 Video One Shot Two Layer Tak Jadi

Al-Kisah buat video one shot two layer tak jadi....
.
Jenuh juga record video nak bagi cantik...
.
Sekali tunjuk dekat Prof tak jadi...
.
Jadi kita buatlah sesaja...
.
Bergambar saja....
.
Kena record baru....
.
Sedih....

Gambar-gambar saja...
.
Video paling mencabar selepas video one shot kena record balik...