Friday, November 16, 2018

BBM 3410/18 Twitter

Hai macam biasalah Prof aku... Kalau Prof tak bagi kerja macam peliklah pulakkan.... Jadinya kami setiap minggu kena update satu pot dekat Twitter.

Kalau kami cakap dekat Prof kami banyak kerja... Prof pun akan cakap macam ini... "Aku bukan tak nak percaya yang korang banyak kerja..... Tapi memang aku tak percaya pun".....

Kalau anda lah dengar ayat macam itu.... Tak sakit jiwa ke.... Alahai Prof... Walaupun macam itu Prof... Tapi aku rasa Prof ini ada lawaknya bila Prof berkata-kata... Bunyi macam tegas dan mencemaskan tapi ada lawaknya... Tapi ini mungkin ini firasat aku sahaja.

Jadinya kami update lah Twitter setiap minggu....










Thursday, November 15, 2018

BBM 3410/18 One Shot 2 Layer

Biasalah kelas Prof hari Isnin.....

Kali ini kami kena buat video one shot 2 layer pula... Masa buat video one shot video hari itu dah lah salah.. Prof suruh kami buat semula.... Hurmmm tak pasal-pasal kena buat balik video itu... Sedihkan....

Kali ini kami kena buat video one shot 2 layer pula.... Macam mana nak buat 2 layer pula.... Prof pon bagilah satu contoh yang buat video 2 layer... Tapi prof dah kata yang saya tunjuk ini bukanlah yang terbaik tapi bolehlah sebagai pedoman .....

Kami pun mulalah berbincang untuk membuat video one shot 2 layer.... Kami mula membincangkan tema lagu untuk menjayakan video one shot 2 layer. Tajuk lagu untuk one shot 2 layer ialah Cuba Teka- Tasha Manshahar. Tempat lakonan di bukit ekspo UPM.







Wednesday, November 14, 2018

BBM 3410/18 Proses Buat Photoshop

Hari ini tiada kelas amali...

Tapi macam biasalah, prof aku kalau tak abgi kerja itu jadi macam peliklah kan...

 Jadi hari ini prof aku suruh buat video proses untuk membuat kalender.

Jadinya terpaksalah aku record cara untuk menyiapkan kalender dengan menggunakan adobe photoshop....



 185998 Mohammad Nizam  (Kalender Meja)

BBM 3410/18 Kalender Meja

Kelas multimedia aku kena belajar buat kalender....

Jenuh aku fikir macam manalah nak buat kalender itu.... Aku ini pun bukannya tahu nak buat kalender itu tambah-tambah lagi nak guna adobe photoshop.... Aku juga bukan orang yang berseni nak bagi cantik dan menarik....

Masa mula nak buat kalender laptop aku jadi berkelip-kelip disebabkan photoshop itu lah... Jenuhlah dia dah berkelip-kelip. Dah berkelip-kelip macam itu jadinya terpaksa lah buang photoshop. Aku ingatkan photoshop aku je jadi kat laptop aku... Rupanya jadi juga dekat kawan-kawan aku yang lain.
Pasang semula yang baru bolehlah aku guna semula photoshop itu....

Ini sebahagian kalender yang aku buat....



BBM 3410/18 Video One Shot Two Layer Tak Jadi

Al-Kisah buat video one shot two layer tak jadi....
.
Jenuh juga record video nak bagi cantik...
.
Sekali tunjuk dekat Prof tak jadi...
.
Jadi kita buatlah sesaja...
.
Bergambar saja....
.
Kena record baru....
.
Sedih....

Gambar-gambar saja...
.
Video paling mencabar selepas video one shot kena record balik...


Tuesday, November 13, 2018

BBM 3410/18 Sajak Yang Menggunakan Entri Dalam Kamus

  • -munkar
  • -murai
  • -muram
  • -murka
  • -murni
  • -murung
  • -musafir
  • -muslihat
  • -muslimat
  • -muslimin
  • -musnah
  • -musykil









GELORA SEBUAH NAFSU


Petang yang sunyi itu,
Aku musafir hina,
Berdiri murung di sebuah tasik,
Hanya kicauan murai menemani,
Rasa muram di jiwa.

Aku dihambat perasaan musykil,
Saat melihat pasangan remaja,
Muslimin dan muslimat,
Sedang asyik melayari,
Gelora nafsu tanpa silu,
Dek kerana tipu muslihat syaitan durjana.

Dimanakah keimanan mereka,
Nilai murni diragut nafsu,
Jalan yang munkar menjadi pilihan,
Tanpa mengingati murka Allah,
Yang pedih azabnya.

Aku musafir hina,
Merayu pada Tuhan,
Kembalikan jiwa yang bersih,
Kepada jiwa-jiwa yang musnah,
Agar mereka kembali ke jalan Mu

BBM 3410/18 10 Gambar KampungKu

















Macam biasalah tak kira cuti ke tak.... Macam tak tahu prof aku.... Dia bukan kira orang nak cuti ke tak... Yang dia tahu kerjanya siap mengikut masa....

Waktu cuti prof aku suruh ambil gambar suasana kampung sebanyak 10 keping.... Nasib baiklah aku ini memang kalau setiap kali cuti memang balik.... Kalau tak cuti pon memang aku balik.... Peduli apa aku... huhuhu....

Nasib baik kampung aku ini memang betul-betul suasana kampung... Jadi senanglah aku nak ambil gamabr tentang suasana kampung.

Thursday, November 8, 2018

BBM 3410/18 Fungsi Pantun dan Surat

Haiii.....

Masa kelas seni penulisan dulu ada tugasan yang diminta untuk membuat perbezaan antara pantu dengan surat....

Jadinya aku cuba kongsikan antara perbezaan antara pantun dan surat....

Semoga bermanfaat....




Fungsi/objektif


Fungsi pantun nasihat adalah untuk menyampaikan pesanan moral yang sarat dengan nalai-nilai luhur agama, budaya dan norma masyarakat sosial. Melalui pantun nasihat ini, banyak nilai-nilai dapat disebarluaskan dalam kalangan masyarakat. Pantun nasihat ini digunakan sebagai media untuk menyampaikan pesan-pesan kepada masyarakat, misalnya orang tua kepada anak-anaknya, para pemimpin kepada orang bawahannya, para guru kepada anak-anak didiknya mahupun dalam anggota masyarakat dalam interkasi seharian mereka. Selain itu, ia juga dijadikan alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang. Pantun juga digunakan untuk sindiran dan tempelak. Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun,masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka.

 Penyampainan pantun ini akan lebih bermanfaat apabila orang yang menyampaikannya menunjukkan perilaku yang terpuji semasa menyampaikannya sesuai dengan kandungan nilai pantun yang disampaikan kepada pendengar. Melaui pantun ini, secara tidak langsung penyampai dapat menyedarkan seseorang itu daripada melakukan kesilapan. Walaupun pemakaian pantun ini tidak terbatas, penyampaiannya hendaklah dilakukan dengan sesuai keadaannya serta pendengarnya. Sebagai contoh, dalam rangkap ke 7 pantun nasihat yang dikaji ada memberi nasihat kepada seseorang. Pisang kelat dogonggong helang, jatuh ke lubuk inderagiri , jikalau berdagang ke rantau orang, baik-baik membawa diri. Mesej yang disampaikan pada rangkap itu adalah pandai-pandailah membawa diri ke mana sahaja kita pergi supaya diri kita tidak ditindas oleh orang lain.

Fungsi surat rasmi adalah untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti awam. Surat rasmi ini digunakan bagi membuat permohanan agar diterima masuk ke universiti awam untuk melanjutkan pengajian. Selain itu, fungsi surat juga untuk memberitahu tentang sesuatu kelayakan. Sebagai contoh, di dalam surat permohonan kemasukan universiti ada menyatakan bahawa seseorang itu layak atau tidak. Jika tidak layak maka surat pemberitahuan diberikan kepada pelajar tersebut.

Surat tawaran itu hendaklah ditulis dalam satu muka surat kerana bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku terhadap surat tawaran tersebut. Sebarang maklumat di dalam surat tawaran itu hendaklah ditulis dalam satu muka surat sahaja yang sarat dengan segala maklumat. Jika surat rasmi berbentuk tawaran itu melebihi dua muka surat ianya boleh dianggap palsu kerana tidak mempunyai tanda tangan pada muka surat pertama.

BBM 3410/18 Prof Masuk TV

Hai semua.....

Pada 5 November 2018 prof aku telah memberi satu tugasan supaya menonton televisyen siaran Al- Hijrah pada jam 9.30 pagi. Ingat sebab apa prof suruh tengok.... Rupanya prof aku keluar televisyen. Patutlah beria suruh pelajar-pelajarnya tengok televisyen. Prof aku masuk dalam sengmen Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan antara Kaum melalui Alam Siber.

Macam biasalah bila dah menonton prof suruh ambil gambar post dekat IG....
Jadinya aku pun tangkaplah gambar porf tuh....

Ingat syarat Prof....

Dia kata saya tak nak tengok post gambar sama....

Aduh hai prof......

Ada lagi seonok.... Prof komen dekat IG aku dengan Prof buat #SukaSangat







BBM 3410/18 Laporan Kebakaran Mahaad Tahfiz 2017

Haiiii semua.....

Aku dulu ada buat tugasan Mak J masa kelas pemikiran kreatif dan kritis dulu....

Jadinya Mak J suruhlah buat satu laporan yang boleh orang faham situasinya... Jadi aku pon buatlah sebagai satu tugasan yang wajib dihantar. Tugasan ini dibuat secara individu.... Aku pilih tajuk ini sebab masa itu topik ini telah menjadi bualan masyarakat kerana seseorang itu sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan dendamnya terbalas. Pada waktu itu sungguh sayu apabila dikhabar berita itu.




1.0)            PENGENALAN

Pada 14 September 2017 yang lalu, kita telah digemparkan dengan berita kebakaran yang telah mengorbankan 23 orang , 21 orang pelajar dan dua orang lagi adalah warden turut terkorban dalam insiden itu , manakala dua pelajar  lagi di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang terlibat dalam kebakaran berada dalam keadaan kritikal.

Dalam kejadian sekitar jam 5. 15 pagi itu, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz tiga tingkat itu yang menempatkan sebahagian pelajar dan ustaz yang sedang tidur. Abu Obaidah berkata, bomba menerima panggilan pada jam 5.41 pagi dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.45 pagi. Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, seramai lebih 20 lagi pelajar sempat menyelamatkan diri dengan bertindak terjun melalui  tingkap dari tingkat dua, manakala mangsa lain yang gagal selamatkan diri dipercayai ditemui berdekatan pintu keluar.


2.0)            ISI
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Abu Obaidah Mohamad, kejadian itu dipercayai bermula dari pintu asrama berdasarkan keadaan mayat mangsa yang dipercayai cuba mengelak daripada api. Beliau berkata, ada kemungkinan punca kebakaran akibat lintar pintas kerana ada kotak suis elektrik di sebelah pintu berkenaan.

Di samping itu, pelbagai persoalan mula timbul selepas mendapati terdapat beberapa tong gas berwarna kuning di tingkat tiga bangunan, sedangkan sekolah tersebut mengunakan tong gas warna hijau. Selepas pihak bomba melakukan penyiasatan yang lebih terperinci dilakukan oleh pihak bomba mula mengesyaki adanya unsur khianat dalam kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Beberapa orang saksi telah di panggil untuk memberikan keterangan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Seorang saksi yang dikenali sebagai Shahrilman Sharil telah mendengar jeritan kanak-kanak malang terbabit “Panas… panas… abang tolong panas”. Saksi juga berkata beliau melihat beberapa orang pelajar juga cuba menyelamatkan diri dengan cuba keluar mengikut saluran paip yang berada berhampiran tingkap. Hanya beberapa orang pelajar sahaja dapat menyelamatkan diri dalam kebakaran terbabit.  

Pihak berkuasa mula menemui petunjuk baharu dalam siasatan mereka yang membawa kepada kemungkinan wujud unsur khianat di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah menyebabkan 23 orang terkorban. Menurut laporan New Straits Times (NST) yang bertarikh 16 September 2017, sumber yang dekat dengan polis dan siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari bangunan berdekatan pusat tersebut, dipercayai  berpunca daripada perbuatan membakar. Daripada siasatan awal mengesyaki kebakaran melibatkan unsur-unsur khianat.

Teori ini disokong oleh petunjuk baharu selepas pihak berkuasa menyemak semula rakaman CCTV, kata NST memetik sumber atasan yang rapat dengan siasatan. Sumber itu berkata, CCTV pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia di sebelah sekolah merakamkan kemungkinan pencerobohan ke sekolah tersebut kira-kira 2 jam sebelum kebakaran. Rakaman itu menunjukkan seseorang, yang kelihatan seperti remaja, menyelinap ke sekolah tahfiz pada pukul 3 pagi. Suspek berumur 12 hingga 16 tahun dan semua positif dadah jenis syabu. Tujuh orang suspek itu tidak bersekolah. Kesemuanya berpunca daripada dendam antara pelajar tahfiz dan kanak-kanak dibawah pengaruh dadah. Difahamkan pelajar tahfiz berkenaan mengejek mereka yang hisap syabu di taman berdekatan.

Suspek mengakui mereka telah membeli minyak petrol dari stesen minyak berdekatan dan mereka mencuri dua buah tong gas dari kiosk berdekatan lokasi kejadian sebelum membocorkan gas pada tilam dan membakarnya dengan petrol di pintu utama asrama. Oleh bahan bakar itu, api mula merebak dengan begitu pantas lalu mengorbankan penghuni pusat tahfiz tersebut.

Di samping itu, suspek juga telah membuang bahan bukti ke dalam tasik yang berhampiran dengan pusat tahfiz berkenaan. Pasukan penyiasat, Unit Forensik dan Pasukan Penyelam PDRM, yang akan menumpukan siasatan di Taman Tasik Datuk Keramat, termasuk menyelam ke dasar tasik berkenaan dipercayai untuk mencari bahan bukti bagi membantu siasatan. Pasukan hanya menemui sebilah pisau dalam operasi berkenaan kerana faktor air tasik  yang agak keruh ketika itu.

Senarai nama tangkapan tujuh orang suspek kes bunuh kebakaran pelajar tahfiz.
1) Nama: Muhammad Adli Shah Bin Mohd Yusry (Adli)
    No. KP.:017071-14-0031
    Umur : 16 Tahun
2) Nama: Muhammad Arif Firdaus Bin Juraini (Jupem)
    No.KP. :001012-14-1471
    Umur : 16 Tahun
3) Nama: Mohamad Shah Rulnizam Ikmal Bin Shafi-in (Shahrul)
    No.KP.:990717-03-5047
    Umur : 18 Tahun
4) Nama: Aeman Daneal Bin Abu Bakar (Aiman)
    No.KP.:001012-14-1471
    Umur : 17 Tahun
5) Nama: Emran Fazley Bin Abu Bakar (Debab)
    No.KP.:011122-14-1033
    Umur : 16 Tahun
6) Nama: Muhammad Shahrizal Bin Abdul Rahim (Ijal)
    No.KP.: 020422-14-0037
    Umur : 15 Tahun
7) Nama: Mohd Farhan Bin Zubir (Adik)
    No.KP.: Tiada
    Umur : 12 Tahun


Dua daripada tujuh suspek kes membakar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, akan didakwa atas kesalahan membunuh dan khianat dengan api. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka bakal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala empat lagi dan dua orang suspek utama akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Seorang lagi suspek yang berumur 12 tahun itu telah dibebaskan oleh pihak polis.

3.0)            KESIMPULAN

Masyarakat negara ini perlu memikirkan secara serius dan mendalam tindakan anak muda yang sanggup melakukan kesalahan hingga membakar sebuah pusat tahfiz, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah, Tan Sri Lee Lam Thye.

Kegagalan insitusi keluarga menjadi punca utama mengapa kanak-kanak di bawah umur melakukan kesalahan jenayah seumpama itu. Apa sudah jadi hari ini dengan anak muda kita sehingga sanggup melakukan jenayah sedemikian rupa sehingga mengorban banyak nyawa dalam kebakaran terbabit. Oleh itu, bagaimana mereka dididik dan dibesarkan untuk mereka membezakan mana baik dan buruk. Kumpulan remaja ini sanggup terlibat dalam perbuatan ganas seperti membakar pusat tahfiz.

Tambah pula, kegagalan membentuk jati diri yang baik dalam kalangan anak-anak menyebabkan mereka tidak mampu membezakan antara baik buruk sesuatu perkara. Pada masa sama katanya, ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak mereka melakukan kesalahan jenayah. Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak dari seusia setahun jagung lagi. Hal ini, ditambah pula dengan faktor media sosial yang banyak memberi kesan kepada anak muda hari ini.

Justeru, semua berharap tragedi yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi iktibar dan semua pihak terlibat perlu memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tindakan sewajarnya agar kejadian sama tidak berulang.

BBM 3410/18 Kuliah Dalam Talian

Haiiii......

Nak tahu tak Prof aku...

Masa 5/11/2018 kawan-kawan aku mintaklah buat kuliah ditangguhkan...

Tapi masa itu Prof pun setuju tapi ada syaratnya... Apa dia syaratnya.... Prof aku mintak 80 orang pelajar kena buat gambar tangan yang ok itu sekali dengan hashtag #KuliahDijalankanSecaraOnline...

Kami pun ramai-ramailah buat apa yang Prof suruh buat itu sebab nakkan kuliah dibuat secara dalam talian...

Kami pun ramai-ramailah buat... Bila masa buat itu... Rasa macam kelakar pun ada... Sebabnya tak ke lawak sebab nak buat kelas atas talian kena post gambar tangan yang ok itu....

Lepas itu, mulalah kawan-kawan yang dalam IG itu tanya.. Kau dah kenapa post gambar macam itu... Jenuhlah nak menjawab soalan mereka satu-satu.... Akhir sekali jawab macam ini sahaja.... Itu sebab tugasan nak buat kuliah secara online... Itu yang kena post sebegitu....

Hahaha

Bila semua dah buat macam itu rasa seronoklah sebabnya tiada kuliah pada Isnin itu sebabnya lagi Selasa cuti Deepavali... Dapatlah cuti raya lama sikit walaupun tak raya... Duduk kampung lebih lama lagi.. Lagilah seronok... Betul tak....

Bila dah malam itu, Prof mula menyemak ada tak seramai 80 pelajar itu post gambar tangan yang ok itu. Nasib baiklah semuanya 80 orang pelajar itu buat... Jadinya pada isnin itu Prof pon buatlah kuliah secara online.... Jadinya sambunglah cuti... Bak kata orang Perak... Aje seronok bebeno cuti disambung lagi...

Hahaha...

Jadinya burn lah tiket yang nak balik itu... Sanggup tukar tarikh sebab kuliah dah batal....


BBM 3410/18 Poster Stilistik "Jack dan Pokok Kacang"

Masa ini aku bersama kumpulan membuat pembentang di DBP bersama prof....

Tapi waktu itu prof tak kenal lagi aku siapa pada waktu itu....

Kumpulan aku tidak terpilih untuk membuat pembentangan tetapi sebaliknya kena buat poster.....

Jenuh pula aku bersama ahli kumpulan kena buat poster  pada hal waktu itu kumpulan aku telah siap buat slide untuk pembentangan...

Disebabkan pertukaran disaat akhir atas sebab terlalu ramai pembentang, maka kumpulan kami terpaksa ditukarkan kepada poster

Payah jugalah untuk membuat poster...

Tetapi kami berjaya menyiapkan poster tersebut.....


BBM 3410/ 18 One Shoot Video

Haiii semua..... kita jumpa lagi.....

Aku ingatkan azab telah habis setelah buat simpulan bahasa melalui lakonan bergambar. Rupanya datang lagi azab baru. Prof aku suruh pulak buat one shoot video pulak. Lagilah jenuh sebab kena buat lakonan berdasarkan lagu yang dipilih....

Aduhhhhh............. Stresssnyaa........ aku rasa macam nak drop je krusus ini....
Adoi.....

Ingat senang ke aku nak tergedik-gedik... terkinja-kinja buat video itu...
Dahlah kena buat satu shoot je tanpa edit.... aku tak boleh bayangkan macam mana nak buat video itu....

Aku bersama dengan ahli kumpulan aku pon merancang macam mana untuk menyelesaikan video tersebut... Untunglah kumpulan aku sorang tak ada waktu sebab pegi mobiliti... kalau tak aku pon tak tahu la... hahahahaha.... setelah selesai membuat perbincangan bagi menjayakan one shoot video itu... kami pon membuat latihan....

Sepanjang latihan itu.... macam-macam jadi.... memang suka selak macam orang gila sebab nak buat video itu.... entah berapa kali buat video itu... aku pon tak tahu berapa kali praktis buat video tuh... haa... lupa pula nak cakap.... lagu kumpulan kami pilih bagi one shoot video itu lagu pencuri hati- mark adam.... itu pon jenuh cari lagu....

Kami pun buat latihan sehingga semuanya puas hati.....



Dibelakang tabir 1


Dibelakang tabir 2