Thursday, November 8, 2018

BBM 3410/18 Fungsi Pantun dan Surat

Haiii.....

Masa kelas seni penulisan dulu ada tugasan yang diminta untuk membuat perbezaan antara pantu dengan surat....

Jadinya aku cuba kongsikan antara perbezaan antara pantun dan surat....

Semoga bermanfaat....




Fungsi/objektif


Fungsi pantun nasihat adalah untuk menyampaikan pesanan moral yang sarat dengan nalai-nilai luhur agama, budaya dan norma masyarakat sosial. Melalui pantun nasihat ini, banyak nilai-nilai dapat disebarluaskan dalam kalangan masyarakat. Pantun nasihat ini digunakan sebagai media untuk menyampaikan pesan-pesan kepada masyarakat, misalnya orang tua kepada anak-anaknya, para pemimpin kepada orang bawahannya, para guru kepada anak-anak didiknya mahupun dalam anggota masyarakat dalam interkasi seharian mereka. Selain itu, ia juga dijadikan alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang. Pantun juga digunakan untuk sindiran dan tempelak. Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun,masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka.

 Penyampainan pantun ini akan lebih bermanfaat apabila orang yang menyampaikannya menunjukkan perilaku yang terpuji semasa menyampaikannya sesuai dengan kandungan nilai pantun yang disampaikan kepada pendengar. Melaui pantun ini, secara tidak langsung penyampai dapat menyedarkan seseorang itu daripada melakukan kesilapan. Walaupun pemakaian pantun ini tidak terbatas, penyampaiannya hendaklah dilakukan dengan sesuai keadaannya serta pendengarnya. Sebagai contoh, dalam rangkap ke 7 pantun nasihat yang dikaji ada memberi nasihat kepada seseorang. Pisang kelat dogonggong helang, jatuh ke lubuk inderagiri , jikalau berdagang ke rantau orang, baik-baik membawa diri. Mesej yang disampaikan pada rangkap itu adalah pandai-pandailah membawa diri ke mana sahaja kita pergi supaya diri kita tidak ditindas oleh orang lain.

Fungsi surat rasmi adalah untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti awam. Surat rasmi ini digunakan bagi membuat permohanan agar diterima masuk ke universiti awam untuk melanjutkan pengajian. Selain itu, fungsi surat juga untuk memberitahu tentang sesuatu kelayakan. Sebagai contoh, di dalam surat permohonan kemasukan universiti ada menyatakan bahawa seseorang itu layak atau tidak. Jika tidak layak maka surat pemberitahuan diberikan kepada pelajar tersebut.

Surat tawaran itu hendaklah ditulis dalam satu muka surat kerana bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku terhadap surat tawaran tersebut. Sebarang maklumat di dalam surat tawaran itu hendaklah ditulis dalam satu muka surat sahaja yang sarat dengan segala maklumat. Jika surat rasmi berbentuk tawaran itu melebihi dua muka surat ianya boleh dianggap palsu kerana tidak mempunyai tanda tangan pada muka surat pertama.

0 comments:

Post a Comment