Thursday, November 8, 2018

BBM 3410/18 Laporan Kebakaran Mahaad Tahfiz 2017

Haiiii semua.....

Aku dulu ada buat tugasan Mak J masa kelas pemikiran kreatif dan kritis dulu....

Jadinya Mak J suruhlah buat satu laporan yang boleh orang faham situasinya... Jadi aku pon buatlah sebagai satu tugasan yang wajib dihantar. Tugasan ini dibuat secara individu.... Aku pilih tajuk ini sebab masa itu topik ini telah menjadi bualan masyarakat kerana seseorang itu sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan dendamnya terbalas. Pada waktu itu sungguh sayu apabila dikhabar berita itu.




1.0)            PENGENALAN

Pada 14 September 2017 yang lalu, kita telah digemparkan dengan berita kebakaran yang telah mengorbankan 23 orang , 21 orang pelajar dan dua orang lagi adalah warden turut terkorban dalam insiden itu , manakala dua pelajar  lagi di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang terlibat dalam kebakaran berada dalam keadaan kritikal.

Dalam kejadian sekitar jam 5. 15 pagi itu, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz tiga tingkat itu yang menempatkan sebahagian pelajar dan ustaz yang sedang tidur. Abu Obaidah berkata, bomba menerima panggilan pada jam 5.41 pagi dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.45 pagi. Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, seramai lebih 20 lagi pelajar sempat menyelamatkan diri dengan bertindak terjun melalui  tingkap dari tingkat dua, manakala mangsa lain yang gagal selamatkan diri dipercayai ditemui berdekatan pintu keluar.


2.0)            ISI
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Abu Obaidah Mohamad, kejadian itu dipercayai bermula dari pintu asrama berdasarkan keadaan mayat mangsa yang dipercayai cuba mengelak daripada api. Beliau berkata, ada kemungkinan punca kebakaran akibat lintar pintas kerana ada kotak suis elektrik di sebelah pintu berkenaan.

Di samping itu, pelbagai persoalan mula timbul selepas mendapati terdapat beberapa tong gas berwarna kuning di tingkat tiga bangunan, sedangkan sekolah tersebut mengunakan tong gas warna hijau. Selepas pihak bomba melakukan penyiasatan yang lebih terperinci dilakukan oleh pihak bomba mula mengesyaki adanya unsur khianat dalam kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Beberapa orang saksi telah di panggil untuk memberikan keterangan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Seorang saksi yang dikenali sebagai Shahrilman Sharil telah mendengar jeritan kanak-kanak malang terbabit “Panas… panas… abang tolong panas”. Saksi juga berkata beliau melihat beberapa orang pelajar juga cuba menyelamatkan diri dengan cuba keluar mengikut saluran paip yang berada berhampiran tingkap. Hanya beberapa orang pelajar sahaja dapat menyelamatkan diri dalam kebakaran terbabit.  

Pihak berkuasa mula menemui petunjuk baharu dalam siasatan mereka yang membawa kepada kemungkinan wujud unsur khianat di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah menyebabkan 23 orang terkorban. Menurut laporan New Straits Times (NST) yang bertarikh 16 September 2017, sumber yang dekat dengan polis dan siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari bangunan berdekatan pusat tersebut, dipercayai  berpunca daripada perbuatan membakar. Daripada siasatan awal mengesyaki kebakaran melibatkan unsur-unsur khianat.

Teori ini disokong oleh petunjuk baharu selepas pihak berkuasa menyemak semula rakaman CCTV, kata NST memetik sumber atasan yang rapat dengan siasatan. Sumber itu berkata, CCTV pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia di sebelah sekolah merakamkan kemungkinan pencerobohan ke sekolah tersebut kira-kira 2 jam sebelum kebakaran. Rakaman itu menunjukkan seseorang, yang kelihatan seperti remaja, menyelinap ke sekolah tahfiz pada pukul 3 pagi. Suspek berumur 12 hingga 16 tahun dan semua positif dadah jenis syabu. Tujuh orang suspek itu tidak bersekolah. Kesemuanya berpunca daripada dendam antara pelajar tahfiz dan kanak-kanak dibawah pengaruh dadah. Difahamkan pelajar tahfiz berkenaan mengejek mereka yang hisap syabu di taman berdekatan.

Suspek mengakui mereka telah membeli minyak petrol dari stesen minyak berdekatan dan mereka mencuri dua buah tong gas dari kiosk berdekatan lokasi kejadian sebelum membocorkan gas pada tilam dan membakarnya dengan petrol di pintu utama asrama. Oleh bahan bakar itu, api mula merebak dengan begitu pantas lalu mengorbankan penghuni pusat tahfiz tersebut.

Di samping itu, suspek juga telah membuang bahan bukti ke dalam tasik yang berhampiran dengan pusat tahfiz berkenaan. Pasukan penyiasat, Unit Forensik dan Pasukan Penyelam PDRM, yang akan menumpukan siasatan di Taman Tasik Datuk Keramat, termasuk menyelam ke dasar tasik berkenaan dipercayai untuk mencari bahan bukti bagi membantu siasatan. Pasukan hanya menemui sebilah pisau dalam operasi berkenaan kerana faktor air tasik  yang agak keruh ketika itu.

Senarai nama tangkapan tujuh orang suspek kes bunuh kebakaran pelajar tahfiz.
1) Nama: Muhammad Adli Shah Bin Mohd Yusry (Adli)
    No. KP.:017071-14-0031
    Umur : 16 Tahun
2) Nama: Muhammad Arif Firdaus Bin Juraini (Jupem)
    No.KP. :001012-14-1471
    Umur : 16 Tahun
3) Nama: Mohamad Shah Rulnizam Ikmal Bin Shafi-in (Shahrul)
    No.KP.:990717-03-5047
    Umur : 18 Tahun
4) Nama: Aeman Daneal Bin Abu Bakar (Aiman)
    No.KP.:001012-14-1471
    Umur : 17 Tahun
5) Nama: Emran Fazley Bin Abu Bakar (Debab)
    No.KP.:011122-14-1033
    Umur : 16 Tahun
6) Nama: Muhammad Shahrizal Bin Abdul Rahim (Ijal)
    No.KP.: 020422-14-0037
    Umur : 15 Tahun
7) Nama: Mohd Farhan Bin Zubir (Adik)
    No.KP.: Tiada
    Umur : 12 Tahun


Dua daripada tujuh suspek kes membakar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, akan didakwa atas kesalahan membunuh dan khianat dengan api. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka bakal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala empat lagi dan dua orang suspek utama akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Seorang lagi suspek yang berumur 12 tahun itu telah dibebaskan oleh pihak polis.

3.0)            KESIMPULAN

Masyarakat negara ini perlu memikirkan secara serius dan mendalam tindakan anak muda yang sanggup melakukan kesalahan hingga membakar sebuah pusat tahfiz, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah, Tan Sri Lee Lam Thye.

Kegagalan insitusi keluarga menjadi punca utama mengapa kanak-kanak di bawah umur melakukan kesalahan jenayah seumpama itu. Apa sudah jadi hari ini dengan anak muda kita sehingga sanggup melakukan jenayah sedemikian rupa sehingga mengorban banyak nyawa dalam kebakaran terbabit. Oleh itu, bagaimana mereka dididik dan dibesarkan untuk mereka membezakan mana baik dan buruk. Kumpulan remaja ini sanggup terlibat dalam perbuatan ganas seperti membakar pusat tahfiz.

Tambah pula, kegagalan membentuk jati diri yang baik dalam kalangan anak-anak menyebabkan mereka tidak mampu membezakan antara baik buruk sesuatu perkara. Pada masa sama katanya, ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak mereka melakukan kesalahan jenayah. Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak dari seusia setahun jagung lagi. Hal ini, ditambah pula dengan faktor media sosial yang banyak memberi kesan kepada anak muda hari ini.

Justeru, semua berharap tragedi yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi iktibar dan semua pihak terlibat perlu memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tindakan sewajarnya agar kejadian sama tidak berulang.

0 comments:

Post a Comment